Pages


Recent Modeling Engagement Fatshionista Diaries: We were born to sparkle Fat Rule Breaking 101: Bright Bright Colours Advertising Banner Space

Rintihan seorang remaja Melayu...

Friday, December 17, 2010 / , ,

MynameisQUE;

This post will be in Malay. 

Photobucket

Bertuah sungguh dapat menghadiri sesi dialog bersama Dr Yaakob Ibrahim 
petang tadi di sekolah. Janggal pula rasanya menaip blogpost ini dalam Bahasa Melayu. 
Mungkin sebab telah menjadi kebiasaan untuk Ryna berbual dalam Bahasa Inggeris. 


Tapi kali ini lain.

Kerana inilah rintihan seorang remaja Melayu. 





Kadangkala, rasanya seperti orang Melayu kita terlalu senang berasa
 puas hati dengan kehidupan masing-masing. Mungkin kerana terlalu 

"bersyukur dengan apa yang ada". Mungkin, terlalu takut mengambil risiko
untuk pergi lebih jauh dan mencuba sesuatu yang baru. 
Orang Melayu kurang mengambil inisiatif untuk memperbaiki diri. 
Mungkin? Atau sebenarnya realiti? 




Sikap "beli dulu, bayar kemudian" juga adalah sesuatu benda yang masyarakat 
kita sering buat sekarang. Salah siapa? 
Salah diri sendiri kerana tidak tahu bijak belanja?
Atau salah iklan-iklan yang ada di televisyen 

dan suratkhabar kerana mempengaruhi kita semua? 


Stigma. 
Secara jujur, cuba tanya diri sendiri sama ada kita rasa bahawa
kaum lain selalu ada stigma yang buruk terhadap kaum kita.
Tentu ada. Semalam, seorang teman sekolah dari kaum lain 
menulis tweet yang agak kurang ajar di Twitter. 
Apa yang ditulisnya membuat Ryna marah sekali.


"Malay meatball, that's not the way to gain followers like the social networker
you aspire, but never will be. Good luck as a receptionist."



RECEPTIONIST: Orang yang menjawab pangillan telefon? 
Pendapatan kecil, kerja yang senang pula tu. 
Rendah sungguh kaum kita di matanya kan?

Apa yang membuat Ryna sedih adalah bagaimana sesetengah orang Melayu kita
tidak lagi mahu mengaku bahawa mereka adalah orang Melayu.
Melayu "murtad"lah katakan...

"Oh I'm 15% Chinese, not pure Malay".

"I'm Javanese, not Malay".

"I don't regard myself as a Malay. I regard myself as an Indonesian".

Lucu kan?

Mengapa?
Kerana semua tidak mahu termasuk dalam stereotaip, "THE TYPICAL MALAY".

Typical = Tidak berpelajaran = suka lepak dan sebagainya..

Diambil dari artikel tulisan A. Ahman Basrun, 2008





  • mat Melayu suka berkelompok di bawah blok, main gitar







  • mat Melayu suka bola sepak







  • mat Melayu suka bermotosikal







  • remaja Melayu suka bertatu dan liar seks sampaikan lahirkan banyak anak luar nikah







  • orang Melayu suka kahwin muda







  • orang Melayu suka bercerai-berai







  • orang Melayu penagih, bahkan penagih kelas rendah kerana hidu gam, tak mampu hidu heroin







  • anak Melayu hanya boleh cemerlang dalam mata pelajaran bukan sains







  • anak Melayu dungu dalam Matematik







  • orang Melayu bergaji rendah







  • orang Melayu suka banyak anak tapi tak tahu jaga anak







  • orang Melayu suka bergaya dan mudah terpedaya dan terpesona dengan keterampilan







  • orang Melayu suka hias dan ubah elok rumah







  • orang Melayu suka beli peti TV yang besar-besar, tukar perabot setahun sekali







  • orang Melayu suka hiburan







  • orang Melayu suka pergi masjid, tak suka pergi ke balai rakyat







  • makanan orang Melayu tidak sihat, kerana itu orang Melayu banyak jatuh sakit







  • orang Melayu suka buat 'janji Melayu' (memungkiri janji)








  • Tapi sebenarnya, kita semua orang Melayu.
    Orang boyan, orang jawa... etc, di mata kaum lain, kita semua Melayu.
    Hendak atau tidak, kita pasti akan dikaitkan dengan orang Melayu lain.
    Tak guna untuk cuba lari dari kenyataan.

    Salah satu masalah yang kita alami adalah kurang sokongan dari kaum sendiri.
    Bagaimana untuk menghilangkan stigma negatif tentang kaum kita
    kalau orang Melayu kita sendiri, yang memandang rendah terhadap kaum sendiri.
    Susah bukan? :(

    Kalau kita mahu kurangkan tanggapan buruk kaum lain terhadap diri kita, 
    kita harus mulakan dengan diri sendiri.  

    Tahukah anda, bilangan pelajar Melayu yang memasuki polyteknik
     selepas peperiksaan peringkat O, sedang meningkat?
    Kita semakin maju, tetapi rasanya seperti ada lebih banyak lagi yang
    boleh kita lakukan untuk lebih maju.

    Untuk perenggan yang akhir, Ryna akan menulisnya dalam bahasa Inggeris.

    In years to come, I sense that the gap between the social classes of the
    Malay community will grow bigger. It's extremely worrying because I can imagine 1 day
    that the different classes will not want to be associated with each other
    despite being of the same race. One class would be the one made of very
     successful people financially and also in terms of education
    who think that they are "better" than the other class.
    The other, made of people who are jobless and of low income.
    The rich will look down on the poor. The poor will find the rich arrogant and etc...
    It means there'll be a divide but wait, aren't we all supposed to be Malays?
    Scary isn't it?

    And when that happens, I'll say.
     I told you so.

    We've seen many amazing talents like the 3 Singapore Idol winners.
    Mind you, all of them are polytechnic graduates, means they have at least a diploma.
    Who says Malays are dumb? Many of our Malay undergrads are in the Faculty of the Arts
    and Social sciences. So what if many of them are in the arts?
    At least they are doing something useful with their life. All this talents can be nurtured
    but before that people have to stop placing labels on us,
    ESPECIALLY WE MALAYS OURSELVES.


    We can change how the society look at us Malays, whoever you are,
    whether you're boyanese, javanese, malay mix some other race.
    We just have to come together and make it happen.
    You are Malay and it stops there.

    Even if this change is not to prove to the other races,
    it is vital for ourselves and for the future generation. We sit too long on our
    asses hoping the government will come to the rescue. We depend too much on other people.
    What about ourselves? Ask yourself. What have you done to change how things work
    in this country? We. Malays can do better.

    Singapore was once presidented by a Malay man.
    That means it's possible.

    Who better to ignite change, but US?






    Seems like I'm harping on this issue again.
    How depressing...


    Special thanks to  for the short discussion on Twitter yesterday. 
    Am actually thinking of a Tweet-up for the Malay Twitter users 
    and perhaps invite the Malay MPs for a sharing session. 
    Anyone else think its an interesting idea? 
    Elango said...

    Hi there,

    I like your critical and analytical thinking. Siapa cakap orang melayu di Singapura takberkebolehan? Saya kenal orang melayu lebih dari orang menghina melayu. Maklumlah... saya orang Malaysia dan saya ni keturunan Tamil. Rasa janggal tak?

    Hey! I have utmost respect for malays and I like the company of malays whether they are Malaysian or Singaporeans. Dulu masa belayar di kapal milik syarikat Singapura (NOL.. sekarang APL-NOL), teman melayu saya dari Singapura paksa saya tinggal dirumah orang tua dia sebelum balik ke Melaka.

    Saya memang kurang arif pasal masalah yang melanda warga melayu disana, tetapi saya harap saudari terus berjuang untuk menerapkan nilai murni dan harga diri orang melayu.

    I like the way you put your points across in very humble and acceptable manner.

    We can be friends... my pleasure. My email address is elanknights@gmail.com.

    Salam sejahtera.

    Elango